kolam rohu kg Tas

kolam rohu kg Tas

Rabu, 6 November 2013

Jom g ngail

Sudah sekian lama tak update blog nih.kira-kira hampir setahun.sebabnya malas nak mengadap laptop serta sibuk dan ada 2 kolam rohu telah bungkus (kolam yang best pulak tu).
semangat nak ngail rohu dah mai balik pada tahun ni kerana kolam yang tutup dah buka semula oleh tuan kolam sendiri iaitu En Beedo.
Lokasinya Kg Banggol Kiat jalan Pondok Tuan guru Haji salleh.
Waktu operasi tiap2 hari
Bayaran - RM25 3jam tambahan RM15 lagi kalau 3jam berikutnya.
Jenis ikan -Pacu-yang dilepaskan pada tiap2  khamis (kolam akan ditutup pada malamnya dan dibuka semula pada hari jumaat pada pukul 3petang )
rohu 2minggu sekali
patin 2minggu sekali
jelawat-ikan asal kolam ni anggaran 1200 ekor (sekali-sekala naik saiz 800g-2 kilo)
kemudahan dikolam ni
berhampiran dgn jalan raya .
parking
warung
tandas
(surau? yang dok dekat boleh balik semayang,yang jauh pulak ?)

Kolam di Banggol Petai tepi lebuh raya Baling - Durian Burung  adalah yang terbaik dikawasan baling/sik bagi aku la sbbnya;-
  • Bayaran masuk RM5 1jam
  • ikan rohu,patin ,tongsan ada disini
  • ikan talapia kurang(pengacau umpan)
  • air minuman ada dijual
  • berbagai-jenis umpan ada dijual
  • kolam mancing keli ada (bertanding saja tiap2 hari kecuali Rabu)
  • Surau
  • waktu mancing sampai cemuih.
Nama Tuan kolam En Yus. seorang yang friendly orang utara cakap" tak berkira sangat"

aku dah beberapa kali ngail kat kolam ni hasilnya memuaskan juga 3-6 ekor setiap kali turun ngail.
tahun lepas pernah sekali 2 jam 1/2 dapat 15 ekor saiz 1kilo keatas balik awal sbb umpan habis.
 umpan yang sesuai ngail kat sini
dedak perisa pandan atau strawbery
40% umpan 60% rezeki
selamat mencuba.

1 ulasan:

  1. YouTube channel - YouTube
    youtube channel, www.youtube channel, download youtube videos youtube channel and youtube channel for free videos.

    BalasPadam