kolam rohu kg Tas

kolam rohu kg Tas

Isnin, 8 Oktober 2012

CARA BUAT MATA BOM

Mata bom merupakan benda penting untuk ngail rohu,walaupun pelbagai teknik dan cara di gunakan namun bagi aku mata bom lah yang selalu digunakan.Kat kedai banyak dijual mata bom ni namun bagi aku buat sendiri mata bom memberi satu kepuasan.Bagi aku ia merupakan satu kerja seni(keras tangan).Setengah orang kata ia kerja yang leceh namun tidak bagi aku.Disini aku nak share cara buat mata bom yang diajar oleh sahabatku(Dia tak sempat nak pi patern mata bom ni xdak duit nak buat tambang kat London)
Langkah-langkahnya ialah

1.
spring,jarum galah,swivel,benang,getah paip (oxigen)untuk aquarium,dan tali perambut(benang sulam)

2.
ikat swivel dengan spring dulu.



3.

ikat perambut kat lubang swivel seperti diatas.

4.

masukkan paip oxigen pada tali perambut dan swivel

5.

hingga jadi seperti diatas.

6.

Kemudian ikat getah paip
 dengan kuat agar spring tidak lari apabila ikan tarik mata kail(bukan takut ikan terlepas atau putus tapi swivel yang atas akan turun kebawah dan nak tarik bagi sedia kala susah sbb lubang getah sempit.




7.

kemudian masukkan benang perambut pada jarum galah untuk dimasukan kedalam lubang paip.







8.


Hingga jadi macam ni



tengok yang dah siap







Selamat mencuba
sabar separuh daripada iman







2 ulasan: