kolam rohu kg Tas

kolam rohu kg Tas

Selasa, 12 November 2013

Hanya 3 Bom






SEMALAM P NGAIL KOLAM YUS HASILNYA .renunglah gambar diatas  sila tafsir sendiri .2 jam saja.
Ramai sungguh orang ngail semalam jadi macam aku jugak.

Redha dngan ketentuan Allah.

Ahad, 10 November 2013

Kalau Boleh Nak Lompat Tinggi-tinggi


Assalamualaikum,
10/11/13 aku ,apit dan Pak Da p ngail dikolam Yus Banggol Petai.Ikan dilepaskan pada hari rabu petang 6/11/13,jadi 4 hari ikan dok dalam kolam. sebelum p tel Yus dulu tanya khabar ikan.Yus kata malam sebelumnya naik 2-3 ekor.ok la tu.
kami sampai dah nak maghrib jadi cepat2 boh bom 1 dan terus solat.habis solat aku tengok Pak Da senyum lebar-lebar krn kail dia dah mengena.(sebenarnya kalau aku ngail ngan Pak da merupakan pertarungan antara kami berdua sapa naik ikan paling banyak walaupun kami tak buat m.o.u awal2).
Aku tunggu setengah jam barulah naik ikan pertama -dah seri ngan Pak Da. Apit serender awal .(lipat kail tengok tv kat kaunter)
15 minit kemudian ikan kedua aku naik seterusnya sampai ikan 4 ,pak da masih lagi dengan 1 ekor iknnya bila ikan kelima aku naik Pak Da dah mula pindah tempat dan minta nak guna umpan aku pulak,(aku gelak dalam hati dan istiqfar dalam hati untuk jauhkan sifat bongkak).Tak naik juga ikan dia.seterusnya sampai la ikan ke lapan aku, aku ajak dia balik dah cukup jam.kami ngail malam tu 4jam.

Orang yang ngail pada malam tu ada kira-kira 10 orang ,yang naik ikn banyak pada malam tu aku rasa aku le ,Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Pada malam tu jugak pinggang aku sakit salah orat kot,kerana tergelincir nak buang mata kail.

umpan yang aku guna kira2 10 bom saja

hasil ngail saiz ikan 1kg-1.5kg ada telor pulaktu
orang kata telor rohu buat umpan ngail ikn keli
Umpan yang diguna pada malam tu
  • Dedak 929-2 cawan 1/2(929 pallet diblend)
  • Dedak cacing 1/2 bungkus
  • Dedak pandan omega(TCE tackle) 1/2 bungkus
  • Dedak poer rohu ligeol ( 2 genggam)
  • serbok power pandan
  • Santan kotak(bancuh dedak)
Apabila matinya anak Adam 3 perkara yang dibawa ke Alam Barzakh
  1. Anak Soleh
  2. sedekah Jariah
  3. Ilmu yang bermanfaat
Waallahu waa'lam
Selamat mencuba
Jangan riak dan Takbur rezeki itu hak Allah kita hanya berusaha sahaja.
Wassalam


Rabu, 6 November 2013

Jom g ngail

Sudah sekian lama tak update blog nih.kira-kira hampir setahun.sebabnya malas nak mengadap laptop serta sibuk dan ada 2 kolam rohu telah bungkus (kolam yang best pulak tu).
semangat nak ngail rohu dah mai balik pada tahun ni kerana kolam yang tutup dah buka semula oleh tuan kolam sendiri iaitu En Beedo.
Lokasinya Kg Banggol Kiat jalan Pondok Tuan guru Haji salleh.
Waktu operasi tiap2 hari
Bayaran - RM25 3jam tambahan RM15 lagi kalau 3jam berikutnya.
Jenis ikan -Pacu-yang dilepaskan pada tiap2  khamis (kolam akan ditutup pada malamnya dan dibuka semula pada hari jumaat pada pukul 3petang )
rohu 2minggu sekali
patin 2minggu sekali
jelawat-ikan asal kolam ni anggaran 1200 ekor (sekali-sekala naik saiz 800g-2 kilo)
kemudahan dikolam ni
berhampiran dgn jalan raya .
parking
warung
tandas
(surau? yang dok dekat boleh balik semayang,yang jauh pulak ?)

Kolam di Banggol Petai tepi lebuh raya Baling - Durian Burung  adalah yang terbaik dikawasan baling/sik bagi aku la sbbnya;-
  • Bayaran masuk RM5 1jam
  • ikan rohu,patin ,tongsan ada disini
  • ikan talapia kurang(pengacau umpan)
  • air minuman ada dijual
  • berbagai-jenis umpan ada dijual
  • kolam mancing keli ada (bertanding saja tiap2 hari kecuali Rabu)
  • Surau
  • waktu mancing sampai cemuih.
Nama Tuan kolam En Yus. seorang yang friendly orang utara cakap" tak berkira sangat"

aku dah beberapa kali ngail kat kolam ni hasilnya memuaskan juga 3-6 ekor setiap kali turun ngail.
tahun lepas pernah sekali 2 jam 1/2 dapat 15 ekor saiz 1kilo keatas balik awal sbb umpan habis.
 umpan yang sesuai ngail kat sini
dedak perisa pandan atau strawbery
40% umpan 60% rezeki
selamat mencuba.

Selasa, 5 November 2013

HAMPIR SETAHUN TAK UPDATE

Assalamulaikum, dah hampir setahun tak update blog antara sebab2nya

1.tak g nmancing sbb ada kolam yng dah bungkus.
2.Sibuk
3.nak kumpul duit
4.laptop qosak

Kolam Yang Bungkus

Ada kolam rohu yang bungkus akibat x balik modal, ikan dilepas 1 tan pulangan tak seberapa,Ini semua kerana :
  1. yang datang mancing dah terer2 belaka-umpan power berkilo2 tiap2 sorang.
  2. harga getah jatuh (kebanyakan pemancing penoreh belaka
  3. ikan banyak tapi x nak makn.
  4. kolam banyak ikan talapia kacau umpan.
  5. kerana mulut tuan kolam( laser).
  6. kena tipu dngan pelanggan.
  7. pelanggan kena tipu.
  8. last tuan kolam abih modal.
Namun ada kolam yang masih bertahan seperti di Banggol petai Baling (YUS Fishing) tuan kolam yang sporting walaupun dari dua kolam rohu dah jadi satu yang satu lagi jadi kolam ikan keli untuk bertanding tiap-tiap hari kecuali hari rabu,saiz ikan keli mak aai 10kg keatas( aku x minat mancing keli).

skarang kolam rohu Yus 1jam RM5 saja murah,waktu operasi 10pagi sampai tengah malam selagi pemancing cemuih,tuan kolam setia menunggu dikaunter .

Ada juga kolam telah diambilalih tuan kolam sendiri
D kolam sik yang Huat dulu .kali ini Tuan kolam Encik Fatah( bedo) sendiri.
Ikan yang masuk adalah Pacu yang dilepaskan pada tiap2 hari Khamis dan akan ditutup pada malam tersebut dan dibuka semula pada hari jumaat sebelah petang pada pkul 3ptg.semua pemancing akan memancing serentak untuk keadilan ,kerana ikan pacu akan makan dngan lahapnya selama 30 hingga 40 minit pertama. Apa2 umpan dia makan tapi selepas itu pandai-pandailah pemancing nak pikat pacu.
Ikan lain yang dilepaskan rohu,patin,kadang2 likoh,Ikan asal kolam ini ialah jelawat lebih kurang 1200 ekor saiz antara 800g-2kilo.
bayaran di kolam ni 3jam RM25 saja tambahan RM 15 bagi 3jam lagi pada hari yang sama.kalau dikira 6jam RM40 lee.